Sunday, March 29, 2009

30 TAHUN MENINGGAL DUNIA TAPI MASIH DALAM DAFTAR PEMILIH

Mafrel held a press conference this afternoon after observing the nominations for the by-elections in Bkt gantang in the morning:

KENYATAAN AKHBAR29 Mac 2009
30 TAHUN MENINGGAL DUNIA TAPI MASIH DALAM DAFTAR PEMILIH

(1) Malaysians for Free and Fair Elections (MAFREL) ingin mengumumkan perkembangan terkini tentang gerakerja pemerhatian pilihanraya dalam Pilihanraya Kecil di P.059 Bukit Gantang, Perak; N.25 Bukit Selambau, Kedah dan N.29 Batang Ai, Sarawak yang diadakan serentak pada 29 March 2009 bagi penamaan calon, hari ini dan 7 April 2009 bagi hari mengundi.

(2) Sebagaimana yang telah dimaklumkan dalam kenyataan MAFREL pada 13 Mac 2009, MAFREL akan melaksanakan pemerhatian terhadap keseluruhan proses pilihanraya bermula daripada hari penamaan calon, kempen, hari mengundi dan pasca pilihanraya dengan tumpuan kepada perkara-perkara berikut:

1. Senarai daftar pemilih

2. Usaha-usaha memberi atau menawarkan rasuah kepada pengundi-pengundi

3. Penyalahgunaan kemudahan dan jentera kerajaan serta sumber awam

4. Perbuatan atau tindakan ganas dan merbahaya semasa proses pilihanraya

5. Tahap serta jentera keselamatan, khususnya PDRM

6. Liputan media

(3) Buat masa ini, MAFREL telah melaksanakan kajian awal senarai daftar pemilih terhadap pemilih berdasarkan kategori umur 90 tahun ke atas di Kawasan Pilihanraya DUN P059 Bukit Gantang. MAFREL ingin memaklumkan penemuan awal berhubung perkara tersebut:

• Kes seorang pemilih yang tersenarai dalam Senarai Daftar Pemilih yang digazet sehingga September 2008 yang akan digunakan untuk Pilihanraya Kecil iaituo Encik Kassim b. Md Amin yang dilahirkan pada 8 Julai 1916.o Beralamat di Kampung Ulu Cheh, Kampung Cheh, DUN Changkat Jeringo Wakil MAFREL telah menemubual anak perempuan beliau, Puan Rohani bt Kassim (58 tahun)o Puan Rohani telah memaklumkan bahawa bapa beliau tersebut telah meninggal pada tahun 1973 (36 tahun lalu)o Beliau juga telah membawa wakil MAFREL ke tanah perkuburan di mana bapa beliau dikebumikano Kematian Encik Kassim juga telah disahkan oleh Ketua Kampung Ulu Cheh, Encik Ismail b. Ahmad

• Sebuah lagi kes melibatkan pemilih berikut:o Encik Che Man b. Said. Tarikh lahir 9 Nov 1912 di lokaliti Kg Jelutong, Pengkalan Aor, DUN Changkat Jering.o Wakil MAFREL telah menemubual cucunya yang bernama Nasron b. Che Harun di Kg Pecah Batu, Jelutongo Beliau mengesahkan Datuknya, Che Man telah meninggal dunia lebih kurang 8 tahun yang lalu.

(4) Kes ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya semakan dengan lebihi teliti dan terperinci boleh dilakukan terhadap senarai daftar pemilih bagi tujuan pilihanraya yang bersih daripada kemungkinan unsur penipuan dalam bentuk penyamaran.

(5) Kerjasama yang erat dan berkesan perlulah diwujudkan di antara jabatan-jabatan berkenaan khususnya SPR, JPN dan PDRM untuk mengatasi kelemahan yang terdapat dalam daftar pemilih.

(6) Dalam pada itu, MAFREL juga ada menemui pemilih yang berumur 101 tahun yang masih hidup yang bernama Encik Mat Hussin b. Bandar di Kg Banggol Rendang, Kg Cheh, DUN Changkat Jering.

(7) MAFREL juga telah berusaha menjejaki beberapa pemilih yang namanya berada dalam senarai daftar pemilih tetapi tidak dijumpai. Malah sebahagian penduduk kampung juga tidak mengenali pemilih-pemilih tersebut.

(8) Perlu diingat ini merupakan pemerhatian awal kajian daftar pemilih yang akan didokumenkan untuk dilaporkan kepada pihak SPR tertakluk kepada apa-apa maklumat yang mungkin diperolehi kemudian.

(9) MAFREL ingin memaklumkan bahawa pasukan misi pemerhatiannya telah bersedia untuk melaksanakan pemerhatian semasa kempen pilihanraya yang dijangka sengit. Berikut adalah maklumat terkini.

• Bilangan pemerhati MAFREL di Bkt Gantang ialah seramai lebih daripada 50 orang. Penyelaras Misi Pemerhatian MAFREL ialah Sdr Megat Shariffudin b. Ibrahim, no tel (012-5222664)•
Bilangan pemerhati di Bkt Selambau ialah seramai 35 orang.
Penyelaras Misi Pemerhatian MAFREL ialah Sdr Ir Jamaluddin Abdullah, no tel (019-4744220)•
Bilangan pemerhati di Batang Ai ialah seramai 33 orang.
Penyelaras Misi Pemerhatian MAFREL ialah Sdr Peter John Jaban, no tel (019-8056107)

(10) MAFREL menggagaskan pilihanraya yang berwibawa, aman, bebas dan adil. Ia berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi dan demokrasi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, perjanjian dan protokol antarabangsa.

(11) MAFREL ingin menggesa parti-parti lawan dan penyokong memainkan peranan melindungi hak-hak pemilih dengan membenarkan mereka merumus dan memutuskan undi mereka secara bebas tanpa melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan pilihanraya. Kebebasan kemahuan dan pilihan pemilih mestilah dihormati.

(12) MAFREL menggesa SPR dan Polis untuk mengamalkan keadilan dan keseimbangan dalam melaksanakan tanggungjawab sepanjang proses pilihanraya dengan mengambilkira kepentingan pemilih

Sekian, terima kasih.
Syed Ibrahim Syed NohPengerusi

http://mafrel.wordpress.com/2009/03/29/found-dead-voter-in-bkt-gantangs-voters-roll/

No comments:

Post a Comment