SAPP MENIUPKAN ANGIN PERUBAHAN!
Written by Admin
Monday, 31 August 2009 23:11
PARTI Maju Sabah (SAPP) semakin mendapat tempat di kalangan rakyat negeri ini terutamanya masyarakat Bumiputera dan angin perubahan itu amat ketara sejak kebelakangan ini.
Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, rakyat kini mula bertukar arah menyokong parti pembangkang berdasarkan kepada keputusan beberapa pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia.
"Setiap kali melihat berita di kaca telivisyen atau membaca akhbar harian samada tempatan atau kebangsaan, kita dapati Barisan Nasional (BN) kalah dalam semua pilihan raya kecil.
"Ini membuatkan SAPP bertambah semangat untuk berjuang mendapatkan autonomi supaya pentadbiran negeri dikuasai secara mutlak oleh Kerajaan Negeri tanpa sebarang telunjuk dari Kuala Lumpur," katanya.
Bekas Ketua Menteri itu berkata demikian ketika menyampaikan bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada para penduduk kampung di Kampung Cenderamata 2, Likas, di sini hari ini. Bungkusan itu antara lain mengandungi paket gula seberat 1kg, tepung, kopi dan bahan keperluan harian lain.
Majlis itu diadakan di perkarangan rumah seorang pemimpin masyarakat tempatan, Encik Mulkaseh Renda, kerana SAPP tidak dibenar menggunakan Dewan Serbaguna Likas berdekatan setelah keluar dari gabungan pemerintahan BN.
Majlis itu diadakan di perkarangan rumah seorang pemimpin masyarakat tempatan, Encik Mulkaseh Renda, kerana SAPP tidak dibenar menggunakan Dewan Serbaguna Likas berdekatan setelah keluar dari gabungan pemerintahan BN.
Dewan itu di bina hasil usaha para pemimpin SAPP satu ketika dulu.
Walaubagaimanapun, sambutan masyarakat setempat terhadap majlis itu amat menggalakkan apabila ramai penduduk termasuk dari kampung berhampiran terutamanya masyarakat Bumiputera Islam yang kini mengerjakan ibadah puasa hadir beramai-ramai.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Persiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan dan Setiausaha Agung Datuk Richard Yong,
Hadir sama, antaranya, tiga Naib Presiden iaitu, Datuk Rashid Gador, Encik Don Chin dan Datuk Chua Soon Bui yang juga Ahli Parlimen Tawau serta beberapa pemimpin lain..
Tidak ketinggalan memeriahkan majlis itu ialah Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SAPP merangkap Pengerusi CLC Bongawan, Haji Jaafar Ismail, Samsuddin Awang Aman (AMT), Timbalan Pengerusi Tetap SAPP Awang Talip Awang Bagul dan Suaib Mutalib (AMT).
Kerajaan BN mendapat tamparan hebat apabila kalah teruk pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Pulau Pinang . Sebelum itu BN juga kalah pada beberapa pilihan raya kecil sekitar Semenanjung Malaysia .
Teck Lee berkata, SAPP yakin akan beroleh kejayaan besar pada pilihan raya umum akan datang kerana rakyat Sabah kini mula sedar bahawa hanya parti politik berasal dari negeri ini saja yang mampu membela nasib mereka.
Beliau berkata, SAPP juga mendapat sokongan hebat di kawasan Pantai Timur Sabah seperti di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.
Katanya, sebagai sebuah parti politik berteraskan rakyat, SAPP akan meneruskan usaha membantu meringankan beban hidup rakyat tidak kira samada ketika berada dalam kerajaan atau sebagai pembangkang.
Teck Lee berkata, kejayaan menjadikan Kampung Cenderamata 2 daripada penempatan setinggan kepada perkampungan sah dari segi undang-undang adalah salah satu dari hasil usaha SAPP.
Katanya, kos tambang bas yang bertambah mendadak ekoran pengenalan perkhidmatan bas bandaraya akan ditangani dengan baik supaya bebanan hidup rakyat dapat diringankan.
Katanya, rakyat yang bergantung kepada pengangkutan awam terpaksa mengeluarkan wang lebih sebanyak RM1 setiap seorang untuk berulang-alik ke bandaraya kerana kos tambahan yang terpaksa ditanggung apabila menggunakan bas bandaraya.
Beliau berkata, selain bebanan kos tambahan para penumpang juga terpaksa mengharungi kepayahan kerana mesti turun di terminal bas berdekatan Wawasan Plaza sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin di tujui.
Teck Lee memberi jaminan bahawa SAPP akan berusaha menyelesaikan masalah ini sehingga kos tambahan sebanyak RM1 itu terhapus dengan sendiri.
No comments:
Post a Comment